|
|
| Friday, 6-Jul-2007 01:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lawatan Saudara Mazlan dan Isteri
|
 |
|
Semangat waja...bergambar tengah panas di kebun..
|
|
 |
|
Pokok nangka Madu Sudah Mula mengeluarkan Buah
|
|
 |
|
Kolam Ikan Insyaalah akan di Buka pada 1/9/2007(Ikan Baung, Puyu
|
|
|
Saudara Mazlan juga telah menanam pokok Dragon Fruit ni.....sebelum ini beliau mengusahakan kedai gambar...sekarang telah beralih arah kepada penanamna dragon fruit dan penternakan kambing.....Semoga berjaya Lan....Amin
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Jun-2007 01:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pemandangan Terbaru Di Kebun Dragon---23JUN 2007
|
 |
|
Buah Lebat 3-4 hari lagi masak
|
|
 |
|
Buah Lebat..Tapi masih hijau
|
|
 |
|
Lebatnyer...satu tiang 10-15 biji
|
| | View all 7 photos... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 14-Jun-2007 09:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tanaman Limau Nipis Mampu Membangunkan Ekonomi Petani
|
|
Berita ini saya alami melalui pengalaman benar kawan saya di Hulu Selangor..Dia menanam 3 ekar pokok Limau nipis lebih kurang 350 Pokok sebab dia tanam rapat2..Setiap bulan dia boleh mengeluarkan 3 tan Buah yang bermutu tinggi. Bulan lepas harga limau di kebun (borong) RM5 sekilogram....sodarabkanlah..tetapi sekarang harga telah turun..
Nanti saya masukan gambar pokok limau dia...Saya juga ada tanam 3 ekar limau nipis tapi baru 4 bulan tanam..(yang dulu telah terbakar)...Insyaalah kalu cukup baja dan racun cepat berbuah...
Satu lagi tanaman berpotensi ialah Nangka Madu MASTURA namanya....1 ekar 100 pokok..tetapi benih nya mahal RM 15 satu pokok..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 18-Sep-2006 03:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berbudi Pada Tanah...
|
 |
|
Bunga Dragon fruit dikelilingi serangga
|
|
 |
|
Satu tiang, satu para (tayar motor) dan 4 anak benih
|
|
 |
|
Para: tayar motor terpakai: RM 1.50
|
| | View all 4 photos... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 4-Aug-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dragon Fruit: Tanaman Makan Kesihatan dan Menjana Pendapatan
|
 |
|
Buah Lebat..Purata 10 biji satu bulan satu pokok
|
| 00:00 |
|
 |
|
Awal penanaman...tanam serai peha ayam
|
| 00:00 |
|
 |
|
Tanah Kosong yang belom di tanam..tetapi sekarang telah dipenuhi
|
| 00:00 |
| | View all 29 photos... |
|
A,kum....
Buah dragon ni sedap dimakan mentah atau di campur dengan sedikit susu dan ais..Umph.sejuk badan bang.....
Di bawah ini saya tuliskan sediakit mengenai pokok ini.....selamat membaca
DRAGON FRUIT: SUMBER MAKANAN KESIHATAN DI MALAYSIA
PENDAHULUAN
Pokok ini dikenali di Malaysia dengan nama pokok naga atau buah naga. Nama saintifiknya ialah Hylocereus undatus. Pokok ini merupakan salah satu daripada spesis kaktus tetapi ianya mengeluarkan buah dan bunga yang cantik. Juga dikenali sebagai cereus atau kembangan malam yang mana bunganya cuma kembang pada waktu malam. Buahnya dikenali sebagai Pitahaya. Terdapat 3 jenis iaitu isi bewarna kuning, putih dan merah.
ASAL USUL
Pokok naga ini berasal dari Mexico Selatan, Costa Rica,Pasifik Guatemala dan E Salvador. Tanaman ini dibawa ke Taiwan dan mula ditanam secara kormersil di Taiwan, Vietnam dan Utara Thailand. Kebanyakanya adalah dari isi yang berwarna putih. Di Malaysia buah naga mula ditanam secara kormersil sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pokok dari spesis isi bewarna merah adalah paling sesuai dengan cuaca di Malaysia.
JENIS
Buah naga mempunyai 3 jenis isi iaitu putih, kuning dan merah. Buah naga isi putih mula-mula sekali diperkenalkan di Malaysia tetapi ianya kurang sesuai dengan cuaca dan persekitaran disini. Harganya juga lebih rendah dan rasanya kurang manis dan sedap jika dibandingkan dengan buah naga isi merah. Buah naga isi kuning pula mempunyai buah dan isi yang kecil dan tidak sesuai untuk dikormersilkan. Buah naga isi merah adalah dari spesis yang paling sesuai dan bermutu untuk ditanam secara besar-besaran di Malaysia. Rasanya lebih manis dan lebih berair. Buah ini juga boleh diproses menjadi berbagai produk seperti enzim, kordial, jus, jem, aiskrim dan di Eropah ianya diproses menjadi wain. Harga buah naga isi merah juga jauh lebih mahal dari jenis yang lain-lain.
CARA PENANAMAN
Pokok Buah naga ditanam dengan menggunakan tiang dan para konkrit. Ini adalah kerana usia pokok ini mampu mencecah usia sekurang-kurangnya sehingga 35-40 tahun. Dengan itu pokok ini memerlukan tiang penahan yang kuat dan tidak reput. Anak vegetatif diambil dari induk asal dan dipotong kira-kira satu kaki panjang. Bahagian pangkal potongan dicelupkan dengan bahan pengalak pertumbuhan akar. Setiap batang tiang konkrit akan ditanam empat batang anak vegetatif. Selapas beberapa hari beberapa tunas anak pokok akan keluar dan hanya satu mata tunas sahaja akan dikekalkan bagi menjamin kualiti pokok yang akan dihasilkan. Pokok ini ditanam dengan kaedah penanaman secara organik yang mana pokok ini tidak sesuai dengan penggunaan baja kimia, racun rumput dan sebagainya. Pokok ini mula mengeluarkan hasil selepas 8 hingga 10 bulan ditanam. Apabila mula berbuah ia akan terus berbuah sepanjang masa tanpa musim. Buahnya mengambil masa 40 hari untuk masak selepas kembang bunganya. Dari segi musuh tanaman, pokok dan buah naga ini adalah paling kurang musuh perosaknya. Binatang seperti monyet, tupai, musang dan lain-lain tidak menganggu atau merosakkan pokok dan buahnya.
KANDUNGAN PEMAKANAN
Nilai pemakanan bagi 100g hidangan Dragon Fruit merah
Moisture 82.5 - 83 g
Protein 0.159 - 0.229 g
Fat 0.21 - 0.61 g
Crude Fiber 0.7 - 0.9 g
Carotene 0.005 -0.012 mg
Calcium 6.3 - 8.8 mg
Phosphorus 30.2 - 36.1 mg
Iron 0.55 - 0.65 mg
Vitamin B1 0.28 - 0.043 mg
Vitamin B2 0.043 - 0.045 mg
Vitamin B3 0.297 - 0.43 mg
Vitamin C 8 - 9 mg
Thiamine 0.28 - 0.30 mg
Riboflavin 0.043 - 0.044 mg
Niacin 1.297 - 1.300 mg
Ash 0.28 g
Other 0.54 - 0.68 g
Facts Supply by Taiwan Food Industry Develop & Research Authorities, report code "85-2537". It might be vary from country to country due to the climate, ways of the cultivate, and type of the Pitaya.
POTENSI EKONOMI
Buah naga isi merah mempunyai rasa yang lebih manis dan sedap. Harganya lebih mahal iaitu antara RM 6.00 - RM 10.00 sekilogram. Disamping itu pokok naga ini mempunyai bentuk pokok dan bunga yang cantik dan sesuai untuk menjadi salah satu tarikan pelancongan. Dari segi ketahanan buah, ianya tahan selama 45 hari dalam keadaan suhu yang sejuk dan pada suhu yang biasa ianya tahan selama 15 hari. Oleh itu buah ini mempunyai ketahanan dan sesuai di eksport keluar negara. Di Taiwan kajian tentang khasiat buah ini menunjukkan yang ianya tinggi dengan serat dan warna merahnya mengandungi Beta Kerotin yang tinggi. lanya dapat memulihkan sel-sel badan yang telah mati dan sangat baik untuk sistem perkumuhan dan menghalang penyakit barah usus. Buah ini juga dapat meneutralkan toksin dan merendahkan paras kolestrol di dalam badan.
ANGGARAN KOS PROJEK
Keluasan 1 ekar tanah ditanam 2000 batang pokok. Setiap satu tiang konkrit (enam kaki tinggi, 1 1/2 ditanam dan l4 1/2 kaki dipermukaan) ditanam 4 batang pokok disekeliling tiang. Jarak antara tiang ke tiang iaitu 9 kaki x 9 kaki ditanam dalam bentuk diamond.
Kos Satu Ekar: RM30,000
|
|
|
|